Nuffnang Ads

Wednesday, January 26, 2011

Cuk2.. Kesayangan En Hubby

Mengantuk giler tahap gaban. Rase cam nak hantuk2 pale ni kat dinding, pastu sekang mata ni  ngn pensil kontot atas meja  ni.. huarghhhhh... malam tadi tidur rumah mak mertua.. Mak baru keluar dari hospital disebabkan keracunan makanan.. Sebagai menantu yang baek, eceh2 puji diri sendiri lak, dengan baek hati dan rela hati nyer aku jaga mak.. ye arrr, siang dah gi keje, so malam turn aku lak jaga.. Tanda kasih sorang menantu pada mak mertua nyer. Sayang Mak, cepat 2 sembuh ye.. En Hubby lak kene hantar dan jaga adik dier lak a.k.a ijam kat hospital, dia pon same case cam mak. 

Sampai rumah jam dah menunjukkan pukul 6.30pagi.. bukan pukul orang ye pagi2.. Ingat kiteorang giler ke nak pukul orang pagi2?? Baru nak jejak kaki masuk ke villa indah aku, terdengar  lak suara cuk2.. meow..meow..
Aduh! cuk2 ni, tau2 je aku baru balik nak bukak pintu.. Lapar ler tu.. Cuk2 pe lagi ngan ligat nyer, mengade2 nyer menyambut kepulangan ku.. Rimas aku! dah arr aku ngantuk..

Dah siap2 nak gi keje, cuk2 wat hal.. wawawawa... cam nak nangis je rase.. boleh lak dier kencing dah paling best membuang air besar aka berak kat toilet bilik aku.. rase cam nak jentik2 je telinga cuk2..cam nak campak je dari tingkat atas ni..naseb baek dier  membuang kat dalam toilet. 

Dengan lemah lembut dan dengan harapan yang tinggi

Me: B, sape yang bawak cuk2 masuk, b kan? so b kene basuh erk.. 
B : ........... ( senyap je takk de jawapan)


hehehehe, aku dh dengar bunyi air.. Yay! En hubby gi basuh.. Tq my b luv u muahhhh
Cuk2, pas ni jangan harap nak masuk bilik erk.. :D

Tuesday, January 25, 2011

Takk Nakk Pada Soya

Kongsi bahan bacaan dari facebook.. 






Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. 

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. 

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

Fasha & Jejai Sah Putus.

Wow, terkejut hari ni bile baca metro, muka depan lagi.. Jejai & Fasha dah putus.. Bercinta bagai nak rak, akhirnya putus gak. Pelamin anganku musnah!.Sebenarnya aku bukan arr peminat fasha bukan juga pembenci fasha..cume aku suke mengikuti perkembangan dorang hehehe..Sampi bila mampu bertahan...



Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Kredit to Metro :)


Bagi aku fasha pon macam perempuam lain , yang nakk kan kebahagian dalam setiap perhubungan.. Mungkin sebelum ini dia menafikan sebab nak perbaiki hubungan ngan jejai.. Alih2 jejai wat statement cam tu.. Dalam hal ni takkk de sape yang salah.. Moga ketiga tiga mereka ni mendapat kebahagian masing2..

To fasha : Bukak buku baru lorrrr.. Jangan sedih2..Jadikan ikhtibar 
What goes around comes around


Friday, January 21, 2011

Nyum..nyum.. cedap..

Nyum3x.. cedapp..
Dah lama takk gi makan bende alah ni
recall balik last makan kat sini  masa manager belanja, adalah gak 2 tahun lepas..cikit punyer lame...


Tengah tunggu amoi2 comel datang amik order kami :)


Lama lak tunggu order kami sampai.. takk pe takkpe.. kami faham, ramai orang sangat..
maklum ler hari cuti..saye je keje :(


Makanan dah sampai :)

Malas nak tulis banyak2, saye makan di sini
---------



p/s : En Hubby cakap menu cam nasi ayam, cume ayam besar, sos dier sedap dan ade tambahan cam muffin
betul gak.. patut arrr dah lame aku tak gi makan kat sini  T_T