Mengantuk giler tahap gaban. Rase cam nak hantuk2 pale ni kat dinding, pastu sekang mata ni ngn pensil kontot atas meja ni.. huarghhhhh... malam tadi tidur rumah mak mertua.. Mak baru keluar dari hospital disebabkan keracunan makanan.. Sebagai menantu yang baek, eceh2 puji diri sendiri lak, dengan baek hati dan rela hati nyer aku jaga mak.. ye arrr, siang dah gi keje, so malam turn aku lak jaga.. Tanda kasih sorang menantu pada mak mertua nyer. Sayang Mak, cepat 2 sembuh ye.. En Hubby lak kene hantar dan jaga adik dier lak a.k.a ijam kat hospital, dia pon same case cam mak.
Sampai rumah jam dah menunjukkan pukul 6.30pagi.. bukan pukul orang ye pagi2.. Ingat kiteorang giler ke nak pukul orang pagi2?? Baru nak jejak kaki masuk ke villa indah aku, terdengar lak suara cuk2.. meow..meow..
Aduh! cuk2 ni, tau2 je aku baru balik nak bukak pintu.. Lapar ler tu.. Cuk2 pe lagi ngan ligat nyer, mengade2 nyer menyambut kepulangan ku.. Rimas aku! dah arr aku ngantuk..
Dah siap2 nak gi keje, cuk2 wat hal.. wawawawa... cam nak nangis je rase.. boleh lak dier kencing dah paling best membuang air besar aka berak kat toilet bilik aku.. rase cam nak jentik2 je telinga cuk2..cam nak campak je dari tingkat atas ni..naseb baek dier membuang kat dalam toilet.
Dengan lemah lembut dan dengan harapan yang tinggi
Me: B, sape yang bawak cuk2 masuk, b kan? so b kene basuh erk..
B : ........... ( senyap je takk de jawapan)
hehehehe, aku dh dengar bunyi air.. Yay! En hubby gi basuh.. Tq my b luv u muahhhh
Cuk2, pas ni jangan harap nak masuk bilik erk.. :D
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya: Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??). FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2). (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.) (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.) Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain. (3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.) Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe . (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan. MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Wow, terkejut hari ni bile baca metro, muka depan lagi.. Jejai & Fasha dah putus.. Bercinta bagai nak rak, akhirnya putus gak. Pelamin anganku musnah!.Sebenarnya aku bukan arr peminat fasha bukan juga pembenci fasha..cume aku suke mengikuti perkembangan dorang hehehe..Sampi bila mampu bertahan...
Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Bagi aku fasha pon macam perempuam lain , yang nakk kan kebahagian dalam setiap perhubungan.. Mungkin sebelum ini dia menafikan sebab nak perbaiki hubungan ngan jejai.. Alih2 jejai wat statement cam tu.. Dalam hal ni takkk de sape yang salah.. Moga ketiga tiga mereka ni mendapat kebahagian masing2..
To fasha : Bukak buku baru lorrrr.. Jangan sedih2..Jadikan ikhtibar
Kepada yang bercuti esok, saye ucapkan selamat bercuti..
Luangkan masa cuti korang dengan berfaedah ye macam cuci tandas rumah korang tu ke, bermain game kegemaran korang sampai lebam mata, membawa keluarga korang pergi ber'picnic' ke dan macam lagi arrr aktiviti yang korang rase nakk buat..
Kepada yang TidaK bercuti macam saye ni, mari kita bekerja bersungguh2 memacu ekonomi negara :)
Diharapkn dengan tenaga yang kita curah esok mendapat perhatian para2 boss di malaysia ni..
Iye arr, mase ni la kita nk tunjukk kerajinan kita
Kepada hati yang sedih
takk pe, pujuk la hati dengan kata2 ni:
Esok en hubby cuti,
tapi puan wife bekerja..
jadi... en hubby kene settlekan pekerjaan di rumah..
Ingat gak bos kat saye erk.. Iyeler satu2 nyer bunga kat kilang ni.. Mane takk ingat ye.
Pade kumbang2 yang bersepah kat kilang ni, tolong jangan iri hati dan jangan nak cuba2 amik dan beri pada makwe2 / isteri anda..
Okey2.. Awak semua jangan salah sangka ye..
Saya takk de dan takk akan ade skandal ngan boss saye..
Mau kene pancung kah ngn En Hubby???
Suke sangat ngan oleh-oleh yang boss bagi ni... Feberet saye ni.
Oleh-oleh yang boss saye belikan semasa beliau outstation di Indonesia..
Wah! sungguh baik hati boss saye ni.. Pemurah juge rupanya beliau ni.
ade sesape yang nak jadik calon bini no.2??? hehehehe
kalo anda berani boleh dapatkn borang pada saye..
Nak antar borang kat mane?? hehhee
Sile hantar borang yang sudah lengkap pada bini no.1 T_T
Creamy Raspberry - Anthon Berg
Tadaaaa! ni ler oleh-oleh yang saya maksudkan tu.
Hek Eleh! Coklat je ke?? ingat kan pe mende..
Huk..huk..huk.. Sekali tengok tag harga cuma beli kat airport je laaa...
Mahal gak arrr RM 36.90
Ade aku kisah boss beli kat mane and bape harge??
Ape yang penting
~kerjasama! worderpet wonder pet kami datang, membantu bila dalam kesusahan~
Boss belikan tuk aku sorang je hehehe..
budak2 opis sile menjelezkan diri anda ^-^
Minggu lepas i pakai tudung syiria.. Ala tudung dua lapis tu, yang anak tudung pakai melekat kt dahi tu.. Actually, i dah lama beli tudung ni, tapi takk kesampaian hajat nakk pakai.. sebabbbb.. muka i kan bulat, so cam takk sesuai lerrr pakai tudung style ni. Eh eh muka i bulat ke?? Seperasaan i selama ni muka i ni macam bujur sireh, ala2 model.. Amik baldi dan sile memuntahkn diri anda ye.. Alih2 mase make-up kahwin, mak andam i cakap bentuk muka i spesissejenis bulat ..o0hhh tidakk!!!!
Comel takk?? Comell takk?.. cepat cakap comel.. paksaan! penat tau nak bagi anak tudung jangan melekat kat dahi :P
Muka polos suci without makeup gi keje..
En hubby kata muka i macam indon bila pakai tudung cam ni.. Hammpehh tul en hubby ni.. I dengan muka ala2 pelakon sinetron, pon gi keje.. Alangkah tidakk selesa sungguh di tempat kerja, kata2 en hubby asyik terngiang2 kat cuping telinga.. Pe lagi, rase cam tiap jam, minit, saat, asyik nakk membelek muka kat cermin.. Rase takk puas hati lak..
.
.
.
Dengan rase malu2, i pon bertanya ler kt mamat tempat kerja i ni..
.
.
.
.
.
Me : Wey! okey takk aku pakai tudung ni??
Mamat : 0key je...
Me: Betul2 arr, hubby aku cakap muka aku cam indon wey..
Mamat : Memang pon hahahaha......
.
.
.
.
.
.
Moral of the story : Dengar ler pandangan husband anda..
.
.
.
.
Sumpah Sungguh! I dah takkk nak pakai tudung melekat kt dahi ni..
Dengan rela hati, i nakk sedekah tudung ni kat akak i..
tu pon kalo dier hingin ler..
kalo takkk, simpan cukup tahun buat kain lap meja..or
tunggu hingga bentuk muka jadikk bujur lerr
Sesapa yang lahir tahun 80an mesti ingat citer ni.. Masa kecik2 dulu aku suke sangat bile de kuar lambang harimau filem negara tu.. Jom kite layan citer ni..
Hikayat Sang Kancil dan Buaya
Antara ayat2yang aku suke; takk de displin punye buaya..1,2, 3 lekuk, jantan betina aku ketuk..
Jom perempuan2 wanita2 gadis2 kite pakat ramai2 sertai Sesi Ujibakat Avon Voices di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada hari Ahad, 16 Januari 2011. Sesi ujibakat nyanyian ini terbuka kepada wanita di ingatkan wanita sahaja warganegara Malaysia dan mesti ler berumur 18 tahun ke atas. 18 tahun ke bawah sile buat muka sedih pastu meraung kuat2 sebab takk dapat nak join.. Jangan gundah gulana kalau suara anda tak sedap sebab setiap peserta akan menerima hadiah penyertaan daripada Avon, best takkk best takkk best takkk masuk penyertaan je dapat hadiah..
50 finalis akan menerima hamper produk Avon bernilai RM200 setiap seorang. Finalis yang terpilih- kira suara yang paling sedap arrr -akan berpeluang untuk bertanding di pusingan global. Seandainya berjaya, mereka akan berpeluang melawat HongKong, dan seterusnya ke pusingan akhir global di New York untuk merebut kontrak rakaman Album di USA.
Aktiviti aktiviti menarik seperi make over, analisis kulit dan cabutan bertuah juga turut diadakan. Anda juga dapat bertemu dengan juri – juri selebriti yang terdiri daripada penyanyi dan pelakon terkenal seperti , Alyah, Soo Wincci, Linda Jasmine dan Marsha Londoh
Jangan lupa ! 16hb Januari, jam 10pagi di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Nak tahu lebih lanjut, sila hubungan talian bebas Avon di 1800-22-2866 atau layari www.my.avon.com
En Baharun sudah berumur 67tahun, beliau seorang yang penyayang dan kuat bekerja.. Mempunyai 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan hasil dari perkahwinan bersama Jemaah Bt Lahim.. Zaman kanak-kanak hidup dalam kesusahan,beliau adalah anak tunggal @ takk de adik beradik..
Bersama ayah tersayang ketika hari bahagia :)
Bapak ku En Baharun adalah entri khas untuk ayah saya.. Sungguh, saya memang menyayangi ayah saya, beliau banyak mengajar saya erti kehidupan. Beliau menjadi inspirasi ketika saya dalam kesusahan dan kejayaan.
Teringat zaman kanak2 riang dan duka saya, beliau yang mengajar saya membaca, mengikat rambut saya di pagi hari, menghantar dan menjemput saya disekolah, menjaga saya ketika tidak sihat..menghadiahkan saya basikal ketika saya berjaya mendapat kedudukan no1 didalam kelas dan takk kurang juga memarahi +++ merotan saya ketika saya nakal tidakkkk mendengat kata2 beliau..
P/s : Ketika entri ini ditulis, beliau masih berada dihospital.. Semoga beliau cepat sembuh dan dipanjangkan umur... amin.. luv u dad
CuteMmiut Comelll Lawakkk kKreatif gambar2 telur yang dah dilukis ni.. Rase kasihan pon ade gak..Thanks for those crazy/clever people who created these. jom kita layan gambar2 comel ni.. :)
Yay! Dengan hati yang penuh semangat untuk memenuhi keazaman baru yang baru ditanam disemai pada tahun baru 2011.
Senarai azam baru yang menunggu untuk dikotakan :
home sweet home :)
Beli rumah, renovate rumah, hias rumah cantikkk2 nak kaler merah putih..i like ^^
Beli kereta baru mengantikan kereta lama..( mesti gaduh2 manje ngan hubby pasal kereta ape nakkk beli )
Dapat rantai emas bling bling kalo boleh nk besar macam rantai basikal..pakai tudung nanti still boleh nampak RanTai emas i yang besar tu macam makcik2 nak pergi kenduri kahwin tet tet ( hubby janji nakk belikan, so hanye tunggu dan lihat janji2 manis hubbyy taburkan hehehe )
Janji pada diri sendiri nak jadikk wife yang cemerlangggg dunia akhirat.. takkk mau lawan cakap hubby kalo boleh arrrr.. eh eh eh, ni kire azam ke??
Berkerja dengan sungguh2, on time and accurate and.. - bodekkk bossss lebih2 so dapat bonus lebih, boleh takk?? -
Bercuti panjang tanpa ganguan persamaan honeymoon bulan madu yang indah di luar negara..
Okey2, ni je azam baru yang baru disemai, harap2 menjadi kenyataan, InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru : ) Bubye 2010.. Welcome 2011...
huk huk hukkkk dah masuk 3 hari tahun 2011 baru nk wish???
Sorry2, tak de masa nakk update blog ni, betul2 sibuk.. En Harun, ayah kepada yaya@saya masuk hospital.. i need ber'kampung dihospital since 31/12/2010 until now. Perasaan masih sedihh haru biru celaru penat capek huhhh emosi terganggu.. Ya Allah, berikan hambamu ini kekuatan untuk menghadapi dugaan ini..
Menyambut tahun baru di Hospital Klang meninggalkan memori indah dan dukacita.. eh eh eh, indah?? ye arrr, tatkala you all semua sibuk dijalan raya ~ takk lepas2 sebab sesak~ Dengan indah nyer saya menyaksikan bunga api dari tingkat 8, Hospital Klang.. Tapi takk sempat tengok indah2 sangatt sebab berdukacita dengan keadaan ayah..:(